Tuesday, 15 November 2011

Ahlan Wasahlan Ya Shita'a!


Assalamualaikum

Takdenya nak ber-snowman
kat Alex ni :P
Yep.  Ahlan wasahlan ya shita'a a.k.a welcome winter!

The wind is howling,
Rain is pouring,
It keeps snowing,
I'm freezing,
Winter is definitely coming!

Sejak dua tiga hari lepas, hujan asyik mengguyur a.k.a turun je kat sini.  Dan kitorang memang dah expect tak lama lagi dah nak winter!  Suhu memang dah boleh dikira sejuk (bagi pelajar Malaysia) tapi untuk pakai winter coat segala bagai time-time siang untuk pergi kelas jadi agak segan sebab Egyptian ni still selamba je pakai baju nipis macam biasa.  Bajet hot la tu.

Kat Alex ni actually, wujud satu indikator untuk kenal pasti sama ada dah betul-betul musim sejuk atau belum iaitu...
Bila polis dah start pakai uniform hitam.  Sebab selama ni uniform diorang biasanya putih.  Dan jangan tanya apa signifikannya uniform hitam putih belang-belang tu sebab cheq pon tak tau nak hapaq pa.  Heat absorber mungkin? :p

Dan dan dan pagi tadi, the cops are in black.  So pengumuman, it's officially winter!  Yeayyy.
Bestnya esok keluar-keluar salji depan rumah.

Jadi ayuh-ayuh kita alu-alukan ketibaan musim sejuk ni sebab Ibnu Mas'ud RA pernah berkata:
“Selamat datang musim sejuk, turun padanya keberkatan, malamnya panjang untuk berqiamullail, pendek siangnya untuk berpuasa.”

Juga di dalam Al-Quran Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir sambil mengambil apa yang diberi Tuhan mereka.  Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik.  Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam.  Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah" 
(az Zaariaat:15-18)

Jadi jom-jom rebut peluang ni sebaik mungkin.  Ayuh kita jihad melawan saratoga! (selimut tebal).  InsyaAllah peringatan untuk anda dan saya juga.



P/s: teringin nak pergi Sinai tengok salji :)

2 comments:

  1. waah...eh,bukit sinai tu hok nabi musa tu eh?waahh!bumi anbiya...sgt besttt!!~

    :)

    ReplyDelete
  2. ha'a. skalo time2 winter org gi. tp tgk ah dlu.
    mari lah pqah. lawat sy sekali. hehe

    ReplyDelete