Assalamualaikum
Hype! Lamenye tak berbelog. Hee. Err..tak rasa nak cerita panjang. In short, I'm now in Alexandria, Egypt. Alhamdulillah. Doing my medical degree, InsyaAllah. Doakan semuanya dipermudahkan tau. =)
So, nak cerita pasal ni. On the way pergi kelas tadi, saya nampak polis! Ye polis!!! Here in Alex!
................................................... (I call this a krik, krik situation)
HAHA.
Sebabnya, polis tersangatlah jarang untuk dilihat di bandar Alex ni selepas peristiwa revolusi yang melanda Mesir hari tu. So kehadiran polis di sini menjadikan saya terkesima, terkejut, takjub dan ujub. Maybe ni sebab dengar kata, semalam ada rusuhan/perarakan yang disertai sesetengah anggota masyarakat kat sini. Kehadiran polis tu untuk langkah berjaga-jaga mungkin.
Yang pakai jaket hijau tu ye :p |
LIve dari depan asrama MARA Mesir |
Dan hasilnya selepas kehadiran polis, dapat dilihat bahawa para pemandu sudah mula membiasakan diri untuk menggunakan dua line jalan secara teratur dan sistematik serta tidak lagi menjadikan jalan ini seperti diorang yang punya dengan menganggap jalan di sini semuanya sehala.
Seriously, kami pelajar perempuan terutamanya terpaksa berlari-lari anak untuk melintas jalan. Agaknya, memang diorang anggap jalan kat sini circuit untuk racing barangkali. Cuma kadang-kadang je la ada driver yang baik hati bagi kitorang lintas dulu. Tapi in general, kalau asyik menunggu je kat tepi jalan tu alamatnya tak sampai ke seberang lah korang. Untuk hidup kat sini, nak lintas jalan pon perlukan keberanian. *sigh
Tapi InsyaAllah, moga semuanya aman-aman sahaja di ardhul kinanah ini. Moga-moga dipelihara semuanya. Doakan tau. Sungguh, salam sayang dari Iskandariah buat bumi Malaysia. :')
good luck piqah sygs :)
ReplyDeletethanks syg <3
ReplyDelete