Thursday, 15 December 2011

Backpacking

Assalamualaikum


It's been a long day yesterday.  Mana tak nye, pergi backpacking!  Dengar macam grand je kan.  Haha

Bukan ape.  Semalam kelas habis awal **eh bukan sebab pergi join lecture orang yang sebelah pagi ke shafiqah? :p. 
Pastu kawan, Syaza **syaza, are you reading this?  Then you should be proud.  Haha.  ajak  **syaza yang ajak ke sebaliknya? :p pergi Mandaroh.  Tahukah sahabat-sahabat apakah itu Mandaroh?  Well, meh la nak cite.

Habis kelas tu, kitorang pon memulakan la ekspedisi backpacking kitorang.  Seriously, literally backpacking.  Sebabnya, memang kitorang angkut backpack kat belakang.  Kan baru balik kelas?  Heh.

Saya  : Syaza, macam mana kita nak pegi Mandaroh ni?
Syaza: Ngan train.
Saya  : Stesen train tu kat mane?
Syaza: Entah.

Yeah.

So jalan-jalan-jalan, tanya orang-tanya orang-tanya orang **over, tanya sorang pak cik je padahal, sampailah kat stesen train tu.  Dekat jugak la sebenarnya.  Hee.  And nasib baik la Syaza jumpa kawan dia kat stesen tu.  **Identiti kawan tu biarlah rahsia.  Hehe.  So beliau a.k.a kawan Syaza **weyh asal kite asyik mention nama awak ni? yang tolong cakapkan naik train mana, nak berhenti kat mana.  Sebab serious tahap ekstrem kitorang main pergi redah je.  Sekarang korang faham kenapa saya cakap ni backpacking? :)

Setelah berhimpit-himpit dalam train untuk satu jangka masa yang agak lama, Alhamdulillah sampai.  Turun train.  Tercengang-cengang.  Kalau rusa masuk kampung tu pon malu kot tengok muka terpinga-pinga kitorang. 

"Nak pergi arah mana ni?"
Saling pandang.
"Kita jalan je la."

Sweet.

Beberapa ketika lepas tu, discoverlah yang Mandaroh ni rupanya ada kawasan kampungnya (suburban).  Berbanding kawasan asrama Mara yang saya menetap dan jalan-jalan nak pergi U tu, Mandaroh banyak lorong-lorong kecik, kawasan pasar dan kenderaan yang selalunya boleh nampak dalam movie hindustan **amek kau yang kalau kat Bombay **apakah tetibe? dipanggil auto.


Auto Mesir :P


Happy kau Syaza. Aku suke! ^^

Sepanjang sightseeing tu **tourist-kah kami? tangkap-tangkap gambar tapi tak berapa clear, tak worth upload banyak-banyak kat sini, keluar-masuk kedai, try makanan baru yang mainly roti la.  Konklusinya, jalan-jalan, jumpa tempat menarik, berhenti; masuk waktu, solat sebab senang jumpa surau; lapar makan; dahaga beli asir (jus buah yang teramattt lah fresh nye).

Dan jalan punya jalan sampai salah jalan pusing balik, dalam maghrib macam tu **I know, err...bahaya jugak tup-tup sampai Fatallah MiniMart. **Heh.  Suka hati je tambah-tambah MiniMart tu.  Fatallah ni takde la mini sangat.  Biggest franchise in Alex kot.  Kitorang panggil Mydin Malaysia.  Dan kat sinilah bahagian urban Mandaroh tu sebab dekat-dekat pantai.

Habis borong sikit-sikit kat Fatallah **ehh memang sikit ye.  Tahan tramco.  Tramco ialah sejenis kenderaan beroda empat yang lebih besar daripada motorsikal dan lebih kecik daripada lori.  Orite.  It's a van.  Alaa..van yang selalu orang naik ramai-ramai tu.  Haa bebudak asrama jangan nak bajet tak pernah naik time keluar pergi outing.

Tramco pulak nak elak traffic jam entah jalan mana dia masuk time nak dekat-dekat sampai asrama tu.  Kitorang dah cuak-cuak.  Nak berhenti kat mana ni?  Kebetulan, ada pakcik tu nak turun.  "A'la gambil!" Baca: Berhentikan saya di tepi.  Alhamdulillah.  Thanks pak cik.  Keh3.  Kitorang dengan tangkasnya melompat keluar dari tramco tu.  Sekali, berbondong-bondong orang yang turun jugak.  Haih.  Macam kitorang jugak rupanya Egyptians ni.  Hehe.

Nasib baik la jugak cam sikit-sikit jalan sebelum terkandas kat situ tadi.  Jalan lagi.  Perut berdendang irama Melayu klasik mohon diisi.  Beli makanan tepi jalan lagi.  Burger daging, firah banih (macam nuget ayam yang dimakan ngan roti hotdog), gibna ma'li (potongan keju celup tepung digoreng yang juga dimakan dengan roti).  Amek kau.  Kalah iklan Ayamas.

Pastu saaaaaaampailah kitorang kat asrama. *yeay*
Fiuhh.  Well, maybe korang yang baca anggap sightseeing-la-sangat kitorang tu tak seberapa.  Antara expected comment: Ape kelas jalan-jalan kampung?  
Tapi, saya tak kesah. :) .  Seriously.  Sebab jujurnya, saya happy sangat.  Bestlah dapat buat trip macam tu.  Pengalaman baru.  Seronok.  Go with the flow.

Terima kasih Syaza untuk semalam.
Terima kasih ya Allah sebab permudahkan urusan kami dan sampaikan kami dengan selamat kat asrama Mara terchenta ini.



P/s: nak wat trip macam ni jelajah Europe boleh? ^^

Wednesday, 16 November 2011

Holes Inside


Assalamualaikum




I've been this girl who doesn't know how to express her feelings
That sometimes I'm hurt
And I'm just not okay.




I know that the best listener would be Allah
but I do hope that others,
some if not all,
would understand.




Because I'm not the girl
who could just simply say,
"Hey, I'm crying inside,
can't you see?"
I would be,
"It's okay. Things happen. There's nothing to worry about."
And smiled.




Pathetic?
For considering others' feelings
to the extent that I couldn't express mine?
Me dunno.

But I can say this
That I'm truly grateful
Because in this world
There are people;
Family
Friends
Who will always make the end of my day better,
lots better.

And maybe some of the painful things will remain in my heart
But the love that I cherish would be even sweeter to be remembered.

I know the people who care
will always know :')

Tuesday, 15 November 2011

Ahlan Wasahlan Ya Shita'a!


Assalamualaikum

Takdenya nak ber-snowman
kat Alex ni :P
Yep.  Ahlan wasahlan ya shita'a a.k.a welcome winter!

The wind is howling,
Rain is pouring,
It keeps snowing,
I'm freezing,
Winter is definitely coming!

Sejak dua tiga hari lepas, hujan asyik mengguyur a.k.a turun je kat sini.  Dan kitorang memang dah expect tak lama lagi dah nak winter!  Suhu memang dah boleh dikira sejuk (bagi pelajar Malaysia) tapi untuk pakai winter coat segala bagai time-time siang untuk pergi kelas jadi agak segan sebab Egyptian ni still selamba je pakai baju nipis macam biasa.  Bajet hot la tu.

Kat Alex ni actually, wujud satu indikator untuk kenal pasti sama ada dah betul-betul musim sejuk atau belum iaitu...
Bila polis dah start pakai uniform hitam.  Sebab selama ni uniform diorang biasanya putih.  Dan jangan tanya apa signifikannya uniform hitam putih belang-belang tu sebab cheq pon tak tau nak hapaq pa.  Heat absorber mungkin? :p

Dan dan dan pagi tadi, the cops are in black.  So pengumuman, it's officially winter!  Yeayyy.
Bestnya esok keluar-keluar salji depan rumah.

Jadi ayuh-ayuh kita alu-alukan ketibaan musim sejuk ni sebab Ibnu Mas'ud RA pernah berkata:
“Selamat datang musim sejuk, turun padanya keberkatan, malamnya panjang untuk berqiamullail, pendek siangnya untuk berpuasa.”

Juga di dalam Al-Quran Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir sambil mengambil apa yang diberi Tuhan mereka.  Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik.  Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam.  Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah" 
(az Zaariaat:15-18)

Jadi jom-jom rebut peluang ni sebaik mungkin.  Ayuh kita jihad melawan saratoga! (selimut tebal).  InsyaAllah peringatan untuk anda dan saya juga.



P/s: teringin nak pergi Sinai tengok salji :)

Tuesday, 8 November 2011

Primi Eid Hena

Assalamualaikum

Hype! Raya weyh raya!

Dah hari ketiga la pqah.

Hee.

Entah.  Maybe sebab sini tak rasa sangat kot raya.  Ke saya je yang fikir camtu sebab jauh ngan family?  Isk3.

So ehhm.  Raya2.  First day macam biasa.  Solat sunat raya, takbir. ^^ .
Juadah aidiladha--> nasi lemak.  Nak nasi dagang. *syukur2
Pastu pegi rumah akak senior.  Ada makan2.  Syukran akak.
Then, pergi SEMINAR.   Yeah, that's what I'm talking about.

Second day.  Seminar lagi.

Third day.  Jamuan pelajar Malaysia Universiti Iskandariah kat sutuh (bumbung) asrama MARA.
Gulai daging!  Yeahh.

So these're some of the pics taken.  Bersyukur untuk semuanya because sacrifice is what Aidiladha is all about anyway.  

Salam Aidiladha daripada perantau.
Kull sana wa antum tayyibin.






Monday, 7 November 2011

A Dream In Wonderland

Assalamualaikum


It was such a beautiful dream I had last night
I was running under the blanket of stars
In the night sky
With my friends

Stars such like these




Spreading arms
Feeling the breeze
The sky looked so close
that I reached out for the stars above


It was cold
but I felt warm
and I knew
I was smiling in my dream


Oh please
I really do hope
to visit such wonderland again


Do wait for me

Tuesday, 25 October 2011

25 Oct

Assalamualaikum

I have this friend
Whose name is same as me
Who my heart are bonded together
Who the sweetest experiences I had
were always around her

Riding bike together to the playground
Running in the rain
The campfire gathering
The ice creams moments
And lots more
which in my heart will remain forever

I have this friend
Who the only one in this world would laugh
whenever 'Wasabi' and 'Menjaga Hati' are mentioned x)

I have this friend
Who every night I wish
she is here by my side

I have this friend
Which rain and stars are our secret memories

And I have this special friend
Whose hopes I share
Whose dreams I pray would come true
Whose existence I'm really thankful
because Allah destined me to be her rafiq

So my dearest 
NUR SHAFIQAH ATHIRAH
Saengil Chukha Hamnida!
Though you already knew this
I love you
Really really love you
And....



Monday, 17 October 2011

UnExpected

Assalamualaikum


Entri kedua.  Hehe.  Alang-alang tengah ada mood ni (jarang tu jarang).  2 minggu di sini, dah ada pengajaran supaya lebih hati-hati.  Ceritanya bermula dengan...

Hari tu tengah rushing-rushing balik ke asrama dalam keramaian orang, TIBA-TIBA...

JENG3

ok, taktik lapuk.

Tiba-tiba je rasa orang bukak poket backpack.  Terkejut, terkedu, yang mampu dibuat, toleh belakang sedikit, perempuan Arab.  Jalan depan sikit, check beg.  Sah, sohih, beg terbukak zip.  Tiba-tiba kawan yang jalan belakang sejak tadi datang remind, "Hati-hati sikit, zip beg saya kena bukak."  Alahai, samelah nasib kita, sahabat.

Tapi Alhamdulillah, takde ape yang hilang.  Poket beg yang kecil tu je kena bukak.  Yang besar tu ya Allah, syukur.  Allah gerakkan hati untuk mangga awal-awal.  Ye mangga kawan-kawan.  And nasib baik perasan.  Huish...seram.

Jadi sebelum keluar rumah, mari kita sama-sama amalkan doa ini.


 

DOA 1

اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø£َعُوذُ بِÙƒَ Ø£َÙ†ْ Ø£َضِÙ„َّ Ø£َÙˆْ Ø£ُضَÙ„َّ Ø£َÙˆْ Ø£َزِÙ„َّ Ø£َÙˆْ Ø£ُزَÙ„َّ Ø£َÙˆْ Ø£َظْÙ„ِÙ…َ Ø£َÙˆْ Ø£ُظْÙ„َÙ…َ Ø£َÙˆْ Ø£َجْÙ‡َÙ„َ Ø£َÙˆْ ÙŠُجْÙ‡َÙ„َ عَÙ„َÙŠَّ

Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada sesat atau disesatkan , tergelincir atau digelincirkan, menjadi zalim atau dizalimi, menjadi jahil atau dijahilkan dariku.


DOA 2
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ تَÙˆَÙƒَّÙ„ْتُ عَÙ„َÙ‰ اللَّÙ‡ِ Ùˆَلاَ Ø­َÙˆْÙ„َ Ùˆَلاَ Ù‚ُÙˆَّØ©َ Ø¥ِلاَّ بِالله

Maksudnya : Dengan nama Allah aku bergantung kepada Allah, dan tiada daya dan upaya kami kecuali dengan keizinanMu ya Allah.


oh rumah. sobs3


Till then, stay safe k.

Entri Pertama Dari Sini

Assalamualaikum


Hype!  Lamenye tak berbelog.  Hee.  Err..tak rasa nak cerita panjang.  In short, I'm now in Alexandria, Egypt.  Alhamdulillah.  Doing my medical degree, InsyaAllah.  Doakan semuanya dipermudahkan tau. =)

So, nak cerita pasal ni.  On the way pergi kelas tadi, saya nampak polis!  Ye polis!!!  Here in Alex!

................................................... (I call this a krik, krik situation)

HAHA.

Sebabnya, polis tersangatlah jarang untuk dilihat di bandar Alex ni selepas peristiwa revolusi yang melanda Mesir hari tu.  So kehadiran polis di sini menjadikan saya terkesima, terkejut, takjub dan ujub.  Maybe ni sebab dengar kata, semalam ada rusuhan/perarakan yang disertai sesetengah anggota masyarakat kat sini.  Kehadiran polis tu untuk langkah berjaga-jaga mungkin.


Yang pakai jaket hijau tu ye :p


LIve dari depan asrama MARA Mesir

Dan hasilnya selepas kehadiran polis, dapat dilihat bahawa para pemandu sudah mula membiasakan diri untuk menggunakan dua line jalan secara teratur dan sistematik serta tidak lagi menjadikan jalan ini seperti diorang yang punya dengan menganggap jalan di sini semuanya sehala.

Seriously, kami pelajar perempuan terutamanya terpaksa berlari-lari anak untuk melintas jalan.  Agaknya, memang diorang anggap jalan kat sini circuit untuk racing barangkali.  Cuma kadang-kadang je la ada driver yang baik hati bagi kitorang lintas dulu.  Tapi in general, kalau asyik menunggu je kat tepi jalan tu alamatnya tak sampai ke seberang lah korang.  Untuk hidup kat sini, nak lintas jalan pon perlukan keberanian. *sigh

Tapi InsyaAllah, moga semuanya aman-aman sahaja di ardhul kinanah ini.  Moga-moga dipelihara semuanya.  Doakan tau.  Sungguh, salam sayang dari Iskandariah buat bumi Malaysia.  :')

Friday, 15 July 2011

Hati Seorang Hamba


Assalamualaikum

Fuhh, tak sangka saya akan buat entry seterusnya secepat ini.  Bagi anda yang perasan (tapi rasa cam saya berceloteh sorang je padahal. heee), entry sebelum ini dan sebelum itu lagi (o.O) 2  bulan bezanya. Walawehhh. Baru awal-awal berbelog dah ada tanda kemalasan.  Err..hehe.

Saje nak kongsikan satu peringatan untuk anda, dan untuk saya.  Panduan daripada Imam Ghazali.  Tips mengelakkan sikap takabur dan sombong daripada merajai hati. :)


H.A.T.I


Situasi 1:
"Ish, budak ni nak mengajar aku pulak.  Tak padan ngan kecik.  Ape dia tahu?  Main je la jauh-jauh."
Panduan 1:
"Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita.  Kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita"

Situasi 2:
"Ape la yang orang tua ni duk membebel je dari tadi.  Sikit-sikit tak boleh, banyak-banyak tak boleh.  Kemonlah.  Zaman dah maju kan.  Kolot la"
Panduan 2:
"Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat berbanding kita"

Situasi 3:
"Huh..dia ni entah buat ke tak ape yang dia nasihatkan orang ni.  Biasalah, depan orang baik, belakang, fuhh..mengalahkan aku"
Panduan 3:
"Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui"

Situasi 4:
"Hah?  Tu pon tak tau ke?  Habis selama ni awak beribadat camne?  Entah sah ke tak"
Panduan 4:
"Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui"

Situasi 5:
"Aku dah agak.  Budak ni sejak dari dulu lagi memang ada potensi nak jadi bajingan yang berjaya.  Kan dah kena tahan polis tu"
Panduan 5:
"Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin pada suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.  Malah, mungkin akan menjadi insan yang lebih mulia berbanding kita"

Situasi 6:
"Memang nerakalah tempat kau.  Konfem!"
Panduan 6:
"Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni Allah"




Harga seorang manusia tu bukan terletak pada pangkat, harta, rupa atau kelulusan akademiknya.  Hakikatnya, kita adalah sama.  Yang membezakan cuma iman dan takwa.  Sesekali ditegur, berhujah, ego harus ditolak ke tepi.  Jangan mudah bangga dengan kelebihan diri.  Semuanya anugerah Allah jua.  Siapalah kita tanpa-Nya.  Moga kesombongan itu tidak menjadi menjadi milik saya, dan anda.  Sama-sama kita muhasabah dan amalkan ye. =)

The Memories Remain


Assalamualaikum

Well, this entry should be posted two months ago actually. But hehe. Guess i dont have the chance and time (dont know why but i doubt this) to post it. But here we go. To those who are called, simply FRIENDS but meant so much to me.



Dear friend,

Well, I guess this is the time, right?
The time we never thought would happen
We are going on different paths
I mean really going this time..
Gonna create another phase of life adventure
Another album of memories
But I know,
For me,
There's nothing like "The past is forgotten"
Because I know
I will never find a FRIEND like you again

Thanks for the ice cream moment
For the run we had in the rain
Riding bike to the park
The 'stroll' we had around school when teacher wasn't around (we thought)
The late night chat
Late night homework hand photocopy (hehe)
The prep failed to be attended
The escape trial from the warden
The jokes, laughter and dreams that
Bring me to tears whenever I think of them now

Together, it seemed we cant help besides being ourselves
Which seemed to give troubles to others
But life is about being true to yourselves and making mistakes anyway
So go out there
Savour every ticking moment
Take risks
Speak bravely
Dare to fail
In short, make as many mistakes as you can
That way, someday
When others ask what you wanna be
You dont have to guess
You'll know


I guess I need to say this
Because you might not know
That I'm so glad you were always around when I need you

We've been enduring so much things together all this while
But nothing has ever been this hard

And still,
I don't want to say goodbye
What for?
You're gonna be in my heart forever anyway


Sunday, 15 May 2011

La Tahzan.. Innallaha Ma'ana



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum

Alhamdulillah.  Ini merupakan entry first saya.  So sebenarnya, sudah beberapa hari blog ini di-create.  Tapi kebetulan plak, server Incik Blogger TERdown sejak Rabu lalu. huhu



".................................."

"Ape?"


"Mane ade cakap pape?"


"Eh Blogger punye problem takde kaitan ngan saya start join Blogger ni ek"

"Kan tak cakap pape pon...... Lalalala~"

"................................"


Oh ya, jadi bile da SIAP edit blog ni, then save, tetibe bila cuba sign up balik...

"You are NOT an author on any blogs yet, create one now to start posting!"

Yeay!~ Terime kasih Incik Blogger! T_T

So, saya pon menunggu la 2, 3 hari dengan harapan blog ni akan kembali *ye, memang awal-awal lagi dah terpampang kemalasan di situ. hehe

tapi harapan tinggal harapan, realitinya tak kunjung tiba.  So, nak tak nak, terpaksa la start dari zero balik. huhu *elehs, bukan banyak ngat keje. newbie je pon. hehe

Jadi, semoga blog ini dapat memberikan manfaat kepada semua yang membaca.  Saya menginginkan entry first yang bermakna, InsyaAllah.  So saya putuskan untuk post video ini. Mungkin ramai da tengok, mungkin ada yang belum.  Tapi ilmu itu takkan hilang kebaikannya meskipun di-revise berkali-kali.  So this is it, from Dr. Mohd Asri Zainal Abidin...







Indah kan? :') Betapa sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama kita.  Teman, Allah tidak pernah berjanji bahawa hidup ini mudah.  Allah hanya berjanji untuk sentiasa ada untuk kita, sentiasa.  Apabila apa yang kita ada ini orang sangka sebagai tewas, senyumlah!  Kerana kita tahu, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.  Sungguh, Islam ialah agama yang cukup sweet, yang sentiasa mengajar kita untuk sentiasa kembali pada-Nya, bersangka baik pada Pencipta.


Saya tidak berkata bahawa saya cukup kuat untuk menghadapi segalanya, kerana apa yang anda lalui mungkin lebih perit rasanya.  Masih jauh perjalanan hidup ini, jika diizinkan-Nya.  Namun syukur, kesedaran ini hadir awal, moga akan kekal hingga penamatnya.

Jadi bagi rakan-rakan yang sedang menunggu result MARA, walau ape jua yang berlaku, apa jua ketentuan-Nya, moga kita yakin, itu hadiah Allah yang terbaik untuk kita.  Rakan-rakan yang apply JPA jua.  Tidak kira apa jua Allah hadiahkan untuk anda, semoga kita mempunyai hati hamba yang tunduk pada Yang Maha Berkuasa.


May we always remember:


"When Allah answers your prayer He is increasing your faith,
When He delays, He is increasing your patience,
When He don't give you anything, He has something BETTER"


Jadi berusaha, tawakal dan bergembiralah! Sesungguhnya Allah bersama anda!