Assalamualaikum
It's been a long day yesterday. Mana tak nye, pergi backpacking! Dengar macam grand je kan. Haha
Bukan ape. Semalam kelas habis awal **eh bukan sebab pergi join lecture orang yang sebelah pagi ke shafiqah? :p.
Pastu kawan, Syaza **syaza, are you reading this? Then you should be proud. Haha. ajak **syaza yang ajak ke sebaliknya? :p pergi Mandaroh. Tahukah sahabat-sahabat apakah itu Mandaroh? Well, meh la nak cite.
Habis kelas tu, kitorang pon memulakan la ekspedisi backpacking kitorang. Seriously, literally backpacking. Sebabnya, memang kitorang angkut backpack kat belakang. Kan baru balik kelas? Heh.
Saya : Syaza, macam mana kita nak pegi Mandaroh ni?
Syaza: Ngan train.
Saya : Stesen train tu kat mane?
Syaza: Entah.
Yeah.
So jalan-jalan-jalan, tanya orang-tanya orang-tanya orang **over, tanya sorang pak cik je padahal, sampailah kat stesen train tu. Dekat jugak la sebenarnya. Hee. And nasib baik la Syaza jumpa kawan dia kat stesen tu. **Identiti kawan tu biarlah rahsia. Hehe. So beliau a.k.a kawan Syaza **weyh asal kite asyik mention nama awak ni? yang tolong cakapkan naik train mana, nak berhenti kat mana. Sebab serious tahap ekstrem kitorang main pergi redah je. Sekarang korang faham kenapa saya cakap ni backpacking? :)
Setelah berhimpit-himpit dalam train untuk satu jangka masa yang agak lama, Alhamdulillah sampai. Turun train. Tercengang-cengang. Kalau rusa masuk kampung tu pon malu kot tengok muka terpinga-pinga kitorang.
"Nak pergi arah mana ni?"
Saling pandang.
"Kita jalan je la."
Sweet.
Beberapa ketika lepas tu, discoverlah yang Mandaroh ni rupanya ada kawasan kampungnya (suburban). Berbanding kawasan asrama Mara yang saya menetap dan jalan-jalan nak pergi U tu, Mandaroh banyak lorong-lorong kecik, kawasan pasar dan kenderaan yang selalunya boleh nampak dalam movie hindustan **amek kau yang kalau kat Bombay **apakah tetibe? dipanggil auto.
Auto Mesir :P |
Happy kau Syaza. Aku suke! ^^ |
Sepanjang sightseeing tu **tourist-kah kami? tangkap-tangkap gambar tapi tak berapa clear, tak worth upload banyak-banyak kat sini, keluar-masuk kedai, try makanan baru yang mainly roti la. Konklusinya, jalan-jalan, jumpa tempat menarik, berhenti; masuk waktu, solat sebab senang jumpa surau; lapar makan; dahaga beli asir (jus buah yang teramattt lah fresh nye).
Dan jalan punya jalan sampai salah jalan pusing balik, dalam maghrib macam tu **I know, err...bahaya jugak tup-tup sampai Fatallah MiniMart. **Heh. Suka hati je tambah-tambah MiniMart tu. Fatallah ni takde la mini sangat. Biggest franchise in Alex kot. Kitorang panggil Mydin Malaysia. Dan kat sinilah bahagian urban Mandaroh tu sebab dekat-dekat pantai.
Habis borong sikit-sikit kat Fatallah **ehh memang sikit ye. Tahan tramco. Tramco ialah sejenis kenderaan beroda empat yang lebih besar daripada motorsikal dan lebih kecik daripada lori. Orite. It's a van. Alaa..van yang selalu orang naik ramai-ramai tu. Haa bebudak asrama jangan nak bajet tak pernah naik time keluar pergi outing.
Tramco pulak nak elak traffic jam entah jalan mana dia masuk time nak dekat-dekat sampai asrama tu. Kitorang dah cuak-cuak. Nak berhenti kat mana ni? Kebetulan, ada pakcik tu nak turun. "A'la gambil!" Baca: Berhentikan saya di tepi. Alhamdulillah. Thanks pak cik. Keh3. Kitorang dengan tangkasnya melompat keluar dari tramco tu. Sekali, berbondong-bondong orang yang turun jugak. Haih. Macam kitorang jugak rupanya Egyptians ni. Hehe.
Nasib baik la jugak cam sikit-sikit jalan sebelum terkandas kat situ tadi. Jalan lagi. Perut berdendang irama Melayu klasik mohon diisi. Beli makanan tepi jalan lagi. Burger daging, firah banih (macam nuget ayam yang dimakan ngan roti hotdog), gibna ma'li (potongan keju celup tepung digoreng yang juga dimakan dengan roti). Amek kau. Kalah iklan Ayamas.
Pastu saaaaaaampailah kitorang kat asrama. *yeay*
Fiuhh. Well, maybe korang yang baca anggap sightseeing-la-sangat kitorang tu tak seberapa. Antara expected comment: Ape kelas jalan-jalan kampung?
Tapi, saya tak kesah. :) . Seriously. Sebab jujurnya, saya happy sangat. Bestlah dapat buat trip macam tu. Pengalaman baru. Seronok. Go with the flow.
Terima kasih Syaza untuk semalam.
Terima kasih ya Allah sebab permudahkan urusan kami dan sampaikan kami dengan selamat kat asrama Mara terchenta ini.
P/s: nak wat trip macam ni jelajah Europe boleh? ^^