Sunday, 15 May 2011

La Tahzan.. Innallaha Ma'ana



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum

Alhamdulillah.  Ini merupakan entry first saya.  So sebenarnya, sudah beberapa hari blog ini di-create.  Tapi kebetulan plak, server Incik Blogger TERdown sejak Rabu lalu. huhu



".................................."

"Ape?"


"Mane ade cakap pape?"


"Eh Blogger punye problem takde kaitan ngan saya start join Blogger ni ek"

"Kan tak cakap pape pon...... Lalalala~"

"................................"


Oh ya, jadi bile da SIAP edit blog ni, then save, tetibe bila cuba sign up balik...

"You are NOT an author on any blogs yet, create one now to start posting!"

Yeay!~ Terime kasih Incik Blogger! T_T

So, saya pon menunggu la 2, 3 hari dengan harapan blog ni akan kembali *ye, memang awal-awal lagi dah terpampang kemalasan di situ. hehe

tapi harapan tinggal harapan, realitinya tak kunjung tiba.  So, nak tak nak, terpaksa la start dari zero balik. huhu *elehs, bukan banyak ngat keje. newbie je pon. hehe

Jadi, semoga blog ini dapat memberikan manfaat kepada semua yang membaca.  Saya menginginkan entry first yang bermakna, InsyaAllah.  So saya putuskan untuk post video ini. Mungkin ramai da tengok, mungkin ada yang belum.  Tapi ilmu itu takkan hilang kebaikannya meskipun di-revise berkali-kali.  So this is it, from Dr. Mohd Asri Zainal Abidin...







Indah kan? :') Betapa sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama kita.  Teman, Allah tidak pernah berjanji bahawa hidup ini mudah.  Allah hanya berjanji untuk sentiasa ada untuk kita, sentiasa.  Apabila apa yang kita ada ini orang sangka sebagai tewas, senyumlah!  Kerana kita tahu, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.  Sungguh, Islam ialah agama yang cukup sweet, yang sentiasa mengajar kita untuk sentiasa kembali pada-Nya, bersangka baik pada Pencipta.


Saya tidak berkata bahawa saya cukup kuat untuk menghadapi segalanya, kerana apa yang anda lalui mungkin lebih perit rasanya.  Masih jauh perjalanan hidup ini, jika diizinkan-Nya.  Namun syukur, kesedaran ini hadir awal, moga akan kekal hingga penamatnya.

Jadi bagi rakan-rakan yang sedang menunggu result MARA, walau ape jua yang berlaku, apa jua ketentuan-Nya, moga kita yakin, itu hadiah Allah yang terbaik untuk kita.  Rakan-rakan yang apply JPA jua.  Tidak kira apa jua Allah hadiahkan untuk anda, semoga kita mempunyai hati hamba yang tunduk pada Yang Maha Berkuasa.


May we always remember:


"When Allah answers your prayer He is increasing your faith,
When He delays, He is increasing your patience,
When He don't give you anything, He has something BETTER"


Jadi berusaha, tawakal dan bergembiralah! Sesungguhnya Allah bersama anda!